BLOG JKR MALAYSIA – SATU PENGENALAN

PEMAKLUMAN

Laman Blog JKR Malaysia ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman kami dalam melaksanakan projek-projek, menyelenggara fasiliti dan melaksanakan fungsi sebagai penasihat teknikal Kerajaan Malaysia. Laman ini bertujuan berkongsi maklumat teknikal dan kepakaran kami dengan rakyat umum yang merupakan pelanggan yang kami hargai.

Kami berpandangan bahawa di dalam perjalanan masa dan perkembangan capaian maklumat yang amat pantas sekarang ini rakyat akan terdedah kepada persoalan kepercayaan, samada maklumat yang diterima boleh dipercayai atau tidak. Dengan adanya Laman Blog JKR Malaysia ini, kami ingin memberikan satu sumber pilihan maklumat yang kredibel dan boleh dipercayai. Kami bertanggungjawab di atasnya.

Bookmark Divider 02

JKR dan anda,

Saling melengkapi,

Berpisah tiada.

JKR Sentiasa Bersama Anda.

Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan sebahagian dari kehidupan rakyat di Negara Malaysia yang tercinta ini. Kami adalah jabatan pelaksana infrastruktur negara selama lebih 140 Tahun. Kami bersama membangunkan negara, menyediakan fasiliti-fasiliti dan kemudahan awam untuk anda.

Kami sentiasa berada di sini bersama anda, berkhidmat untuk anda, rakyat Malaysia.

 

Decorative Divider 01

JKR telah merintis sempadan, membuka laluan, membina infrastruktur perhubungan untuk anda. Warga kami telah mempertaruhkan nyawa bersama angkatan tentera  ketika merestas rimba Banjaran Titiwangsa membina Jalan Raya Timur – Barat menghubungkan Utara dan Timur untuk kemudahan anda.

Bookmark Divider

JKR ada bersama semasa anda dilahirkan, di hospital kerajaan yang dibina oleh kami, disambut dengan kasih sayang oleh jururawat dan para doktor, ramai dilatih di kolej dan universiti yang dibina oleh kami.

Anda dibesarkan dengan penuh kasih sayang dalam keluarga bahagia, mungkin di kuaters kerajaan yang dibina JKR. Rumah anda dilengkapi kemudahan air kerajaan melalui loji rawatan yang dibina oleh kami.

kuarters

Decorative Divider 03Anda membesar dalam komuniti yang aman, dilengkapi kemudahan-kemudahan awam yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang mana JKR adalah antara AJKnya yang memberikan nasihat teknikal.

Anda terus membesar dan negara terus berkembang. Tibalah masa anda mendapat pendidikan. Ibu anda memakaikan baju baru uniform sekolah dengan senyum lebar, menyediakan makan pagi yang enak dengan kasih sayang yang melempah ruah. Ayah anda  siap menunggu dengan motosikal atau kereta. Anda dibawa ke sekolah melalui jalan raya yang dibina JKR sambil berpesan pelbagai pesanan. Anda didaftarkan dan mula belajar di sekolah yang dibina JKR.

Pada waktu riadah, anda berlari-lari riang bersama rakan sekelas di padang yang dibina JKR. Cikgu mengajar dengan penuh dedikasi demi masa depan anda, cikgu yang mendapat pendidikan di pusat pengajian tinggi yang dibina JKR. Kami bersama membantu anda membesar menjadi warga berguna membina masyarakat dan pemimpin masa depan.

Decorative Divider 02
Anda terus membina sahsiah diri, melakar masa depan dilatih guru-guru bertauliah dan penyayang. Anda berulang alik ke rumah dengan aman di dalam negara yang dijaga oleh pihak polis PDRM berpusat di IPD-IPD dan balai-balai polis yang dibina JKR. Undang-undang ditegakkan melalui sistem kehakiman yang berpusat di mahkamah-mahkamah dibina JKR. Kami bersama-sama menabur jasa dalam proses pembangunan diri anda.
Bookmark Divider 02
Tibalah masa penat jerih anda membuahkan hasil. Anda bersama rakan-rakan merayakan kejayaan graduasi di Universiti dibina JKR. Ayah ibu dan saudara terdekat bersama merayakan kejayaan anda. Kami tumpang gembira dengan kejayaan anda.
Bookmark Divider
Anda terus melakar kejayaan dalam kerjaya mungkin sebagai pegawai awam di pejabat kerajaan yang dibina JKR disamping membina rumah tangga yang bahagia. Keluarga anda aman di negara yang ditadbir dengan efisien oleh kerajaan yang mendapat nasihat teknikal JKR. Malaysia negara yang selamat dikawal rapi oleh angkatan tentera yang berpengkalan di pangkalan-pangkalan tentera dibina JKR. Anda turut menyumbang kepada kemakmuran
Bookmark Divider 02
Ada kalanya negara ditimpa bencana banjir dan tanah runtuh. JKRlah yang bertungkus lumus bekerja di kawasan bencana, memulihkan infrastruktur supaya anda dapat terus menikmati kemudahan. Dan kami juga turut meredah banjir dan kawasan bencana menghulur bantuan kepada mangsa. Kami bersama anda di dalam suka dan duka.
Decorative Divider 04
Roda kehidupan terus berputar; dari seorang bayi menjadi kanak-kanak, seorang remaja, pemuda tiang negara dan pencinta. Cinta membina keluarga sakinah dan meneruskan perjalanan di dalam kitaran hayat. Yang muda berubah menjadi tua. Mungkin ada yang dijaga oleh anak-anak yang anda besarkan atau mungkin di rumah pengasih dibina JKR. Akhir sekali semua akan berpindah ke Sana jua dan hospital dibina JKR juga tempat akhirnya kita. JKR sentiasa bersama anda dalam putaran hayat kehidupan anda yang penuh
Heart Divider

Ikuti dan hayati video ini;

Video JKR dan Anda(Video JKR dan Anda)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: